Biografi Humbert I, Pesirah Savoy

Kehidupan awal

Humbert ialah putera kepada Amadeus, aristokrat dari Kerajaan Burgundy, tidak diketahui dengan pasti apakah keduanya beretnik Suku-Suku Jermanik atau keturunan daripada penutur bahasa Latin Vulgar di Perancis. Saudara lelakinya ialah Uskup Otto dari Belley. Ada kemungkinan Humbert memiliki ikatan darah dengan Rudolf III dari Burgundy, raja wilayah daripada etnik Jerman atau keponakan kepada isterinya sebelum berkahwin dengan Rudolf, Ermengarde yang merupakan isteri kedua daripada demang itu. Ada beberapa sejarahwan yang mengatakan bahawa Humbert ialah zuriat kepada Demang Vienne.

Pada awalnya sebagai pesirah yang memiliki kuasa politik yang lebih lemah dibanding pesirah-pesirah lain, Humbert hanya menguasai beberapa kampung di daerah Belley dan Sermorens.

Humbert mengabdi kepada Empayar Rom Suci

Humbert memiliki hubungan baik dengan Kerajaan Burgundy, Rudolf III sebagai raja wilayah itu memiliki banyak isteri dan gundik tetapi tidak ada satupun yang melahirkan anak. Raja itu maut pada tahun 1032, Maharaja Conrad II mengklaim diri sebagai penerus tahta Rudolf dan mengilhak kerajaannya. Klaimnya kepada Burgundy, disokong oleh Humbert yang kemudian menyokong kempen tentera Conrad II menentang Odo II, Pesirah Blois dan Aribert, Uskup Agung Milan. Sebagai salah satu aristokrat yang menyokong pengilhakan empayar sehingga ke Itali Utara, Conrad II menunjuk Humbert sebagai pesirah daripada Savoy di bahagian barat Pegunungan Alps. Maharaja itu selepasnya memberikannya daerah Maurienne, Chablais dan beberapa perkampungan Tarentaise. Savoy telah menguasai jalur dari dan melalui Alps yang menyambungkan pengangkutan niaga antara Semenanjung Itali dengan Eropah Barat.

Perkahwinan dan anak

Humbert berkahwin dengan Ancilla (Auxilia or Ancilia). Ada yang mengatakan dia merupakan Ancilla dari Lenzburg, puteri kepada aristokrat Burgundy. Beberapa percaya bahawa Ancilla ialah puteri kepada Anselm dan Aldiud, ini berarti bahawa di dalam diri putera mereka, Amadeus I mengalir darah keluarga diraja Anselmid yang bermastautin di Itali Utara. Berikut ialah senarai puteranya bersama Ancilla:

  • Amadeus I (maut 1056), Pesirah Savoy, pewaris
  • Aymon (maut 1054 atau 1055), Uskup Sion
  • Burchard (maut 1068 atau 1069), Uskup Agung Lyon
  • Otto (maut s. 1057), Pesirsh Savoy, meneruskan kepimpinan abangnya

Beberapa sejarahwan percaya beberapa ratus tahun selepas kematiannya, ia memiliki putera lebih banyak.

Kematian

Humbert maut s. 1047/8 di Hermillon, semasa berbaring di atas katil dalam keadaan sakit di sebuah kampung di daerah Maurienne yang sekarang ialah bahagian daripada wilayah Savoie, Perancis.